MOST WANTED GAME. METRO:LAST LIGHT

lawak kn?

11:28 PM | 0 Comments

Kalau anda masih islam anda bacalah,,kalau tak,,Allah je yg tahu..
*message:tolong la amik mase 2 minit utk bace ni..kalau lebih 2 minit to0 bkan membace to0,,to0 mengeje,,
XD

BismillahirRahmanirRahim,,

Bayangkan bende ni blaku pade anda..
::suatu hari mase solat jumaat yang dihadiri lebih kurang 1000 org jemaah,,tetibe masuk 2 org yang menutupi seluruh tubuhnyer dengan pakaian serbe hitam..x nmpk ap cme due bijik mate n dilengkapi dengan senapang MK60 MOD 0..(senapang hebat tembak dari jarak jauh)
!pnyamun
lalu salah sorang laki to0 bertempik..''sesiapa yang sanggup mati kerana Allah sile berdiri ditempat kamu!!!''
!tidak
selepas mendengar amaran lelaki itu maka bertempiaran lah jemaah tadi keluar masjid..sume lari nak menyelamatkan diri,,daripade jumlah 1000 org kini hanye tinggal lebih kurang 50 org je yg dah berdiri at tempat masing2 menyahut cabaran 2 orang tadi termasuk pak imam..
:bak
lelaki yang bertempik tadi segera membuka penutup mukanya lalu melihat ke arah pak imam sambil berkate..''ok pak imam,,saye dah halau SEMUA yang HIPOKRIT..sekarang pak imam boleh teruskan solat jumaat..
!kmerah
lalu,,kdua lelaki itu berpaling dan meninggalkn jemaah,,

macam mane?anda rase lawak x denga citer at atas,,kebanyakan mesti kate x lawak,,tapi yg lebih utame pengajarannye,,
lawak kn?dari 1000 org jemaah yg dtg,,hanye 50 je yg btul2 beriman dan betul2 ingat Allah,,due laki tadi jaz kate je sape yang berani,,x kate pon nk tembak or bnuh,,,,
:bagus
tapi tengok la zaman skang,,baru kne ugut skit da lari lintang pukang memkirkan diri sendiri terus tinggalkn solat jumaat..
:kiki

lawak kan?bile solat cume seminggu 2 kali je,,pegi solat jumaat pon jaz nak tayang muke at org kampong,,ad to0 lagi dahsyat.,setaon 2 kali je,,2 pon solat hari raye aidilfitri n aidiladha..
!hah
lawak kn?ramai org pecaye at gosip yg dibikin2 oleh wartawan/akhbar/media massa/elektronik daripade mengamalkn ayat Al-quran.
:gatal
lawak kn?ramai yang percaye dunie hanye sementare n akhirat selame2nye,,tapi skang sume mengejar dunie
!lala
lawak kn?kite bole besembang n manje2 nan bf or gf masing2 berjam2 lamenye,tapi time berdoa pade Allah x smpai seminit! huh..
!uwek
and yang lebih lawak lagi,,kite boleh post bnyak thread atau email x kire at mane2,fb/twitter/myspace/my friend 2 u/frenzy/kerangs/blog/frenster and bla3 lagi psal khidupan kite,kadang2 kite poyo sngt nan khidupan kite,,smpai sume nk gtwu org walaupon org x nk twu tanpe mengenal mase,,tapi kite ase cam x de mse nk post bnde2 yg berunsur agame n pengajaran n x bnyk yg berkongsi
:fikir
lawak kn?nape gelak??to0 kan realiti...
!hoho
ni pon lawak ni,,berape je org yg lepas bace bnde ni die akan smpaikn at org len,,berape ramai yg bukak email/link ni untuk habiskan mase membace??berape banyak??wallahuallam,,,
:peace



Surat Putus Cinta Ajoi

Ajoi nak memutuskan hubungan dengan kekasihnya bernama Linda kerana kekasihnya bermain kayu tiga keluar dengan lelaki lain semasa shopping sebelum raya. Kerana geram dan nak tunjuk terer dengan kekasihnya itu, Ajoi sengaja menulis surat dalam Bahasa Inggeris dengan berbekalkan pengetahuan bahasa Inggeris yang cukup makan, google translate dan kamus online.
Kandungan surat Ajoi cengini:
Hi Linda, together this letter I want to give know you
(hai Linda, bersama surat ini saya ingin memberitahu awak)
!r0kok
I want to cut connection we
(saya ingin memutuskan hubungan kita)
!akhirnye
I have think thing this cook-cook
(saya telah memikirkan perkara ini masak-masak)
!study
I know my love only clap half hand
(saya tahu cinta saya hanya bertepuk sebelah tangan)
!majuk
Correctly, I have see you out with a man at town with my eyes head alone
(sebenarnya, saya telah melihat awak keluar dengan seorang lelaki di bandar dengan mata kepala saya sendiri)
!tunggu
You always ask sorry repeat-repeat times
(awak selalu minta maaf berulang-ulang kali)
:tidak
You eyes drop tears
(mata awak mengalirkan airmata)
You correct-correct a woman knife razor
(awak benar benar seorang perempuan pisau cukur)
!mati
Past, my friend speak I am play with fire
(dulu, teman saya cakap saya bermain dengan api)
Now I know, I correct-correct play fire
(sekarang saya tahu saya benar benar bermain api)
!adeh
So, I cut connection and pull body from love triangle this
(jadi, saya putuskan hubungan dan menarik diri dari cinta segitiga ini)
:hampa
I know result I pick this very correct, because you love him more from me
(saya tahu keputusan yang saya ambil ini benar, kerana awak mencintai dia lebih dari saya)
:sepi



But I still will not go far far from here
(namun saya tetap tidak akan pergi jauh dari sini)
I don’t want you play-play with my liver
(saya tidak ingin awak main-main dengan hati saya)
:tutup
I have been crying night night until no more eye water thinking about your body
(saya menangis malam-malam sampai tidak ada lagi airmata memikirkan dirimu)
I don’t want to sick my liver for two times
(saya tidak mahu sakit hati untuk kali kedua)
!uwaa
Safe walk, Linda
(selamat jalan, Linda)
!bye
Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan. :taktahu


Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya. :6

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja. :berpusing

Kajian mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal sepuluh inci!:baca


Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah. :3

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah buatan yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya. Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi. :takpelah

Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman. :4

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. 


Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap. Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah. :sempoi

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertelingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua. :1

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang handsome; hingga kita berkata dalam hati, Buta ke dia?? !cekik

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!
:balet
Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
:gila


"Mak Aziz balik dulu Mak", "Aziz..... Mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jerla balik dah pukul sembilan ni...". 

"Tak boleh Mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak...". "Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu......" 

"tak apalah Mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" lantas Aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya...... 

"emmmmm.... Boring betullah.." rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh. 

Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir 5 jam Aziz memandu, naik kematu buntutnya. Ditolehnya kiri dan kanan, lebuhraya semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung 

"emmmmm...baru sampai lebuhraya karak..., dah dekat gak ni.." tiba-tiba Azizn terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya " kou kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area lebuhraya karak tu....kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib......" namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya 

"aaaarghhhh........ngarut jer...mana ader hantu .... sekarang ni zaman internet jer ....sekarang ni..hantuu semua tinggal dlm hutan.." kata Aziz keseorang 
mententeramkan hatinya yang tidak tenteram....namun akhirnya tenteram juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran... 

Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, Aziz memang selalu berhati-hati,tiba-tiba, jauh dihadapan, Aziz terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluh nya mula memercik kembali "hantu ker?"soal hatinya...... "Argh...bukan" dikuatkan semangatnya. Semangkin hampir.......,dan 
semangkin jelas pandangan Aziz terhadap objek itu,rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam. "orang rupanya ingatkan hantu" begitu celupar mulut Aziz berkata-kata, hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan pula. 


Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut....."mak cik nak kemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah... bahaya sesorang malam-malam ni....... " segera Aziz membuka pintu disebelahnya......tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta...."terima kasih nak" kata permpuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap ......perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengar suara perempuan tua tersebut.......garau sungguh menyeramkam........ 

"aapaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tapi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu"kata aziz terketar-ketar...... 

"sebenarnya, mak cik pergi cuti darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." Kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Aziz "apa darahhhhh!!!!!!!!" jerit Aziz terkejut, peluhnya semangkin banyak memercik.....mengeletar anggota badannya tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula....... 

"yer....anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti jilat di langsuir........"kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semangkin kuat anggota badan Aziz mengeletar......ditolehnya kearah perempuan tua
itu........tetapi perempuan tua itu memalingkan 
mukanya...... 


"burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!!" tetiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........ burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!! melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang depan dalam kereta, Aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya utk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut "maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh" 
dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah Aziz. 


"hiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........." 
mengilai perempuan tua itu lantas berkata..... 








" ITULAH KELEBIHAN SABUN BREEZZZZZZZZZZZZZZZ!!!!!" HE HE HE
Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi,mengandungi beberapa bakteria termasuk jenis yang baik yang membantu proses penghadaman makanan.

Pakar Pemakanan Jabatan Pemakanan dan Sains kesihatan,Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM),Prof Madya Dr Rokiah Mohd Yusuf,berkata antara bakteria baik adalah lactobacillus dan bisido bakteria yang berkhasiat mencerna  sistem tubuh manusie.

Beliau menyarankan seseorang itu menggosok gigi setiap kali sebelum tido bagi mngurangkan bakteria yang kurang baik terkumpul dalam mlot.

'' air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi akan masuk ke bahagian usus kecil untuk tujuan penghadaman sebelium berkumpul di dalam usus besar''

Dr Rokiah berkata air liur juga mempunyai enzime yang boleh menghadamkan karbohidrat dan jika ditelan akan membantu memudahkan makanan memasuki saluran tekak
Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tbuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain.Cara amalannya pulak hanya berkesan jike seseorang itu bangun dan terus meminum air putih/masak tanpa perlu mencuci muka,bekumo2 atau membersihkan badan


Sistem rawatan tersebut menjadi amalan Rasulullah S.A.W dalam kehidupan seharian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar saintis perubatan moden.Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih/masak terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi,malah sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur basi turut disebut dalam Al-Quran serta Hadis2 Nabi……….(by: Pakcik Chomy)
Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki? Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki

Air mata yang termahal siapa yang punya?

Ibu
Ayah
Remaja
Orang yang dizalim

Rujukan: Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof

Dapat dari sebuah buku berjudul “Dialog dengan jin muslim” karya Muhammad Isa Dawud.
Apa yang nak dikongsikan disini adalah nama 5 syaitan yang merupakan wakil Iblis untuk menggoda umat manusia.

1) Tsabar
Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau dilanda musibah, seperti kematian, banjir dan sebagainya. Kemudian dia membisikkan dan menyatakan supaya timbul perasaan benci terhadap Allah swt. Kemudian orang yang ditimpa musibah itu marah dan caci maki terhadap ketentuan Allah swt terhadap dirinya.

2) Dasim
Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mengadu domba, menimbulkan perasaan benci satu sama lain dikalangan suami isteri sehingga terjadi perceraian

3) Al-A’war
Makhluk laknatullah ini adalah specialist dalam urusan terjadinya perzinaan. Anak-anak dia menjadikan tarikan bahagian tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul sangat menggembirakan iblis di kerajaannya yang besar.

4) Maswath
Specialist dalam menciptakan pembohongan besar maupun kecil.

5) Zalnabur
Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. merekalah yang menwujudkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan, dan bunuh membunuh antara sesama manusia

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).*

Ciri-ciri wanita solehah.

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni'matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

5:30 PM | 0 Comments

blog ku suda btuka,,hehe,,janggal plak ase mte niyh,,btw,da lame aq x update ko ye blog,,da bhabok da,,seb bek bole gne agy,,

yaho0!!!

3:22 PM | 0 Comments

siap suda blog aq n kakak kesayangan aq,,haha,,die pnye wane pink,,cantek jgak,,,hehe,,ap pown,,anty adq follow kakak ea,,sayang akak sangat2,,,>_<

10:12 PM | 0 Comments

asalamualaikom,,haha,,first time wat blog,,haha,,x twu la btol ke x,,hope btol n bes,,,masih belaja lagi niyh nk wat,,>.<

About