MOST WANTED GAME. METRO:LAST LIGHT

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
:gila


"Mak Aziz balik dulu Mak", "Aziz..... Mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jerla balik dah pukul sembilan ni...". 

"Tak boleh Mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak...". "Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu......" 

"tak apalah Mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" lantas Aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya...... 

"emmmmm.... Boring betullah.." rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh. 

Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir 5 jam Aziz memandu, naik kematu buntutnya. Ditolehnya kiri dan kanan, lebuhraya semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung 

"emmmmm...baru sampai lebuhraya karak..., dah dekat gak ni.." tiba-tiba Azizn terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya " kou kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area lebuhraya karak tu....kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib......" namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya 

"aaaarghhhh........ngarut jer...mana ader hantu .... sekarang ni zaman internet jer ....sekarang ni..hantuu semua tinggal dlm hutan.." kata Aziz keseorang 
mententeramkan hatinya yang tidak tenteram....namun akhirnya tenteram juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran... 

Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, Aziz memang selalu berhati-hati,tiba-tiba, jauh dihadapan, Aziz terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluh nya mula memercik kembali "hantu ker?"soal hatinya...... "Argh...bukan" dikuatkan semangatnya. Semangkin hampir.......,dan 
semangkin jelas pandangan Aziz terhadap objek itu,rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam. "orang rupanya ingatkan hantu" begitu celupar mulut Aziz berkata-kata, hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan pula. 


Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut....."mak cik nak kemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah... bahaya sesorang malam-malam ni....... " segera Aziz membuka pintu disebelahnya......tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta...."terima kasih nak" kata permpuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap ......perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengar suara perempuan tua tersebut.......garau sungguh menyeramkam........ 

"aapaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tapi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu"kata aziz terketar-ketar...... 

"sebenarnya, mak cik pergi cuti darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." Kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Aziz "apa darahhhhh!!!!!!!!" jerit Aziz terkejut, peluhnya semangkin banyak memercik.....mengeletar anggota badannya tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula....... 

"yer....anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti jilat di langsuir........"kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semangkin kuat anggota badan Aziz mengeletar......ditolehnya kearah perempuan tua
itu........tetapi perempuan tua itu memalingkan 
mukanya...... 


"burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!!" tetiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........ burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!! melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang depan dalam kereta, Aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya utk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut "maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh" 
dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah Aziz. 


"hiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........." 
mengilai perempuan tua itu lantas berkata..... 








" ITULAH KELEBIHAN SABUN BREEZZZZZZZZZZZZZZZ!!!!!" HE HE HE
Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi,mengandungi beberapa bakteria termasuk jenis yang baik yang membantu proses penghadaman makanan.

Pakar Pemakanan Jabatan Pemakanan dan Sains kesihatan,Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM),Prof Madya Dr Rokiah Mohd Yusuf,berkata antara bakteria baik adalah lactobacillus dan bisido bakteria yang berkhasiat mencerna  sistem tubuh manusie.

Beliau menyarankan seseorang itu menggosok gigi setiap kali sebelum tido bagi mngurangkan bakteria yang kurang baik terkumpul dalam mlot.

'' air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi akan masuk ke bahagian usus kecil untuk tujuan penghadaman sebelium berkumpul di dalam usus besar''

Dr Rokiah berkata air liur juga mempunyai enzime yang boleh menghadamkan karbohidrat dan jika ditelan akan membantu memudahkan makanan memasuki saluran tekak
Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tbuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain.Cara amalannya pulak hanya berkesan jike seseorang itu bangun dan terus meminum air putih/masak tanpa perlu mencuci muka,bekumo2 atau membersihkan badan


Sistem rawatan tersebut menjadi amalan Rasulullah S.A.W dalam kehidupan seharian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar saintis perubatan moden.Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih/masak terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi,malah sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur basi turut disebut dalam Al-Quran serta Hadis2 Nabi……….(by: Pakcik Chomy)

About